November 18, 2010

KWSP | Kadar caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus

KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011. 

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010. -

No comments:

Post a Comment

My Blog List